The Adventures of BuBu and Frens...
Showing posts with label DIY time. Show all posts
Showing posts with label DIY time. Show all posts

Mar 26, 2009

BuBu loves Gardening..

BuBu memang 'rajin' yang amat especially bab-bab keje outdoor ni. Maklumlah tanah kat depan rumah tu adalah dalam '3 ekar', kalau BuBu tak rajin-rajin jenguk..sian tanah tu terjenguk2 tak jumpa tuan dia dah 3-4 minggu hihih..Nak harapkan MaMa hmm... orang putih kata apa..'green hand'?? Yellow hand pun mama takde tau..tengok tangan MaMa, pokok2 sume berpura-pura mati hahaha...

BuBu sedang meng'hijau'kan kebun 3 ekar MaMa

PaPa kata zaman 'recession' ni kita kena jimat sikit. Kalau biasa asyik beli je serai kat kedai, apakata kita try tanam plak. Untung-untung dapat hasilnye..So ni BuBu tengah gigih menolong PaPa n MaMa menjimatkan duit so that buleh beli mainan BuBu yang lagi canggih hehehe...buleh??

Posted by Picasa'Wahai serai sakti, cepatlah tumbuh gemuk-gemuk sket..nanti MaMa nak buat tomyam ke...paprik ke..senang sket amik je serai kat depan umah. BuBu pun buleh makan besh-besh hihih...'

Feb 22, 2009

BuBu's newly painted living room..revealed

Akhirnya MaMa berjaya jugak nak meng'reveal'lan the final product of hasil titik peluh ketekunan MaMa n PaPa mengecat living room haritu hihihi..Sumenya tq to PaPa and BuBu? yang bertungkus lumus mengemas living room rumah kita untuk tatapan umum..

Pandangan senget

Ohh lihatlah donia hahahha...cahaya hijau berkilau-kilauan memancar-mancar dari dinding living room BuBu (ini adalah ayat perasaan MaMa yang terlampau)...


Pandangan depan yang kurang senget


Pandangan senget dari kiri

Akhirnya MaMa BuBu berjaya mengubah dan member 'warna' pada dinding selain dari warna beige yang boring ihsan dari developer rumah BuBu... So what is our next wall colour creation project MaMa??

Dinding tu sayang plak nak paku2 letak gambar..


So diharap dengan paparan kali ini dapat memuaskan mata Cik Aan nun jauh di japang..MaMa tau Cik Ann mesti ada kutukan membina punye untuk dinding MaMa ni hehehe..


Feb 16, 2009

Home Makeover - Living Room Edition

Pada cuti Hari Raya Cina yang lepas (yess...cuti yg panjang tu), MaMa n PaPa decided to realize one of their dreams..iaitu mengecat 'feature wall' di living room (chewahh...feature wall la konon..kalu takde Eric leong, tak kenalnye feature-feature wall nih heheh)..



So setelah MaMa n Papa pegi memborong cat di Kedai Ah Keong sejurus sebelum dia tutup kedai utk Makan Besar dia tu, the nexrt morning PaPa n MaMa dengan bersemangatnya nak memulakan project DIY home makeover living room edition tu.

Ohh..jangan lupakan BuBu..cAmne nk ngecat rumah kalau BuBu takde distractionnya..Ye jawapannya kita import nanny sementara dari Shah Alam heheh iaitu Aunty Sue....


BuBu bersama Nanny sementaranya (sori aunty sue..this is the best shot of you of the day hihihi)




So armed with paints, rollers, paintbrushes, old sweatshirts, and gloves, MaMa n Papa memulakan niat murni mereka untuk memartabatkan lagi living room rumah kita..Go Mama Go...

Mama n Papa in Action


Rupanya susah jugak keje ngecat mengecat ni ye..ingatkan kejap je..rupanya makan lebih sehari gak ye..(dicampur dengan rengekan buBu nak join team ngecat ni..)


BuBu dah melakukan banyak aktiviti sosial dengan Aunty Sue pun MaMa n PaPa tak habis2 lagi ngecat ni..SAlah satu aktivit sosial BuBu pada hari itu ialah mengukur kadar kecomotan yang boleh ditanggalkan oleh detergent dengan membuat kotoran-kotoran degil di baju BuBu dengan bantuan satu makanan yg berwarna coklat manis yang sangat sedap rasanya....


BuBu sedang mengetest kadar kesabaran MaMa menengok kecomotan baju BuBu


Ohh nampaknya Mama tak begitu heran dengan kadar kecomotan yang beliau harus hadapi dengan Encik Mesin Basuh itu kerana dia sedang rakus mengecat dinding rumah dengan cik Papa..sampai BuBu tertitun tal habis2 lagi diaorg mengecat



Anak pengecat rumah yang terbiar..hehehe..


BuBu dan mangun tido..MaMa mandikan BuBu dan salin Baju baru..dah lunch sume...tetiba BuBu tertengok satu benda ajaib...benda ni tak penah ada pun sebelum ni..nampak macam mainan...tapi kenapa PaPa n MaMa pun main jugak..Benda ni tinggi..bertingkat-tingkat..sangatlah exciting BuBu menengoknye...


BuBu excited..



Issh..takleh jadi ni..takkan diaorg je boleh main, BuBu takleh main..ni kena pakai taktik kuasa rengekan gumpalan awan peringkat ke-18 ni..


BuBu cuba mendapatkan perhatian penaja mainan..


Rengek punya rengek..penaja pun cair la..bagilah main 'mainan' ni sekejap dengan pengawasan yang cukup ketat dari MaMa..Ye..inilah gambar anak dara cik PaPa yang tak kesah dan tak heran dengan had umur minimum 'mainan' yang dia nak main ni..Hmmm cik BuBu cik BuBU..bagusla prektis lagi ye..nanti kalau bulb lampu tu dah 'kaput', buleh la tlg gantikan hehehe



Cik BuBu..Cik BuBu..



(untuk makluman, BuBu dah berjaya panjat 'mainan' tu sampai 2 anak tangga yg paling tinggi..tapi atas sebab-sebab keselamatan dan 'volume' suara MaMa yg maksimum, gambar aksi tersebut tak dapat dirakamkan)

Oh ya..gambor keseluruhan dinding ijau umah BuBu yang cantik berkilauan tu masih tak dapat dipaparkan atas sebab-sebab keselamatan (read: ke'semak'an yang melampau) hahaha...

Nov 27, 2008

Bubu D-I-Y : IKEA chair

Hari tu lepas balik from KT masa bila ntah dulu bubu pun tak berapa ingat dah..turun je kapatebang, straight from airport mama & papa bawak bubu gi kedai perabot nama dia IKEA...ingat nak belikan bubu katil pwincess comel..rupa2nya beli benda lain..ntah bubu pun tak tahu apa yg papa & mama beli..yang bubu tahu takde satu pun mainan bubu yg diorang beli.. :-(


anyway..sampai je rumah, rupanya papa beli office chair utk home office dia kat bilik kat atas tu..alaa bilik yg banyak kotak2 tu yang bubu selalu buat sepah2 tu la.. bubu pun apalagi, cian tgk papa terguling2 sorang2 nak pasang kerusi tu, bubu pun tolonglaa (actually bubu tookover from papa sbb dia tak pandai...bubu lagi pandai pasang kerusi tu)..



.......let's get to work papa..


mmm...susah jugak nak pasang skru ni rupanya...
papa...mama..help me...