Pada cuti Hari Raya Cina yang lepas (yess...cuti yg panjang tu), MaMa n PaPa decided to realize one of their dreams..iaitu mengecat 'feature wall' di living room (chewahh...feature wall la konon..kalu takde Eric leong, tak kenalnye feature-feature wall nih heheh)..
So setelah MaMa n Papa pegi memborong cat di Kedai Ah Keong sejurus sebelum dia tutup kedai utk Makan Besar dia tu, the nexrt morning PaPa n MaMa dengan bersemangatnya nak memulakan project DIY home makeover living room edition tu.
Ohh..jangan lupakan BuBu..cAmne nk ngecat rumah kalau BuBu takde distractionnya..Ye jawapannya kita import nanny sementara dari Shah Alam heheh iaitu Aunty Sue....
BuBu bersama Nanny sementaranya (sori aunty sue..this is the best shot of you of the day hihihi)
So armed with paints, rollers, paintbrushes, old sweatshirts, and gloves, MaMa n Papa memulakan niat murni mereka untuk memartabatkan lagi living room rumah kita..Go Mama Go...
Mama n Papa in Action
Rupanya susah jugak keje ngecat mengecat ni ye..ingatkan kejap je..rupanya makan lebih sehari gak ye..(dicampur dengan rengekan buBu nak join team ngecat ni..)
BuBu dah melakukan banyak aktiviti sosial dengan Aunty Sue pun MaMa n PaPa tak habis2 lagi ngecat ni..SAlah satu aktivit sosial BuBu pada hari itu ialah mengukur kadar kecomotan yang boleh ditanggalkan oleh detergent dengan membuat kotoran-kotoran degil di baju BuBu dengan bantuan satu makanan yg berwarna coklat manis yang sangat sedap rasanya....
BuBu sedang mengetest kadar kesabaran MaMa menengok kecomotan baju BuBu
Ohh nampaknya Mama tak begitu heran dengan kadar kecomotan yang beliau harus hadapi dengan Encik Mesin Basuh itu kerana dia sedang rakus mengecat dinding rumah dengan cik Papa..sampai BuBu tertitun tal habis2 lagi diaorg mengecat
Ohh nampaknya Mama tak begitu heran dengan kadar kecomotan yang beliau harus hadapi dengan Encik Mesin Basuh itu kerana dia sedang rakus mengecat dinding rumah dengan cik Papa..sampai BuBu tertitun tal habis2 lagi diaorg mengecat
Anak pengecat rumah yang terbiar..hehehe..
BuBu dan mangun tido..MaMa mandikan BuBu dan salin Baju baru..dah lunch sume...tetiba BuBu tertengok satu benda ajaib...benda ni tak penah ada pun sebelum ni..nampak macam mainan...tapi kenapa PaPa n MaMa pun main jugak..Benda ni tinggi..bertingkat-tingkat..sangatlah exciting BuBu menengoknye...
BuBu excited..
Issh..takleh jadi ni..takkan diaorg je boleh main, BuBu takleh main..ni kena pakai taktik kuasa rengekan gumpalan awan peringkat ke-18 ni..
BuBu cuba mendapatkan perhatian penaja mainan..
Rengek punya rengek..penaja pun cair la..bagilah main 'mainan' ni sekejap dengan pengawasan yang cukup ketat dari MaMa..Ye..inilah gambar anak dara cik PaPa yang tak kesah dan tak heran dengan had umur minimum 'mainan' yang dia nak main ni..Hmmm cik BuBu cik BuBU..bagusla prektis lagi ye..nanti kalau bulb lampu tu dah 'kaput', buleh la tlg gantikan hehehe
Cik BuBu..Cik BuBu..
(untuk makluman, BuBu dah berjaya panjat 'mainan' tu sampai 2 anak tangga yg paling tinggi..tapi atas sebab-sebab keselamatan dan 'volume' suara MaMa yg maksimum, gambar aksi tersebut tak dapat dirakamkan)
Oh ya..gambor keseluruhan dinding ijau umah BuBu yang cantik berkilauan tu masih tak dapat dipaparkan atas sebab-sebab keselamatan (read: ke'semak'an yang melampau) hahaha...
No comments:
Post a Comment