Ok harini MaMa nak citer pasal pesen ikatan rambut anak dara MaMa yang sorang ni yang ada macam-macam pesen..MaMa dah citer sebelum ini kan kalu nak ikat rambut BuBu, hanya kakak taska dia je buleh ikat. Kalu MaMa yang ikat, hmm tgk maMa pegang sepit rambut pun BuBu dah lari keliling rumah huhuhu...
Style No.1 - Double toncets
Ikatan ini adalah 'courtesy' dari Aunty Sue sebelum kami kuar jalan2 aritu. Tu pun lepas puas kejor BuBu keliling rumah barulah dapat ikat rambut dia walaupun tak berapa kemas. Oleh kerana kedudukan kamera yang begitu artistik sampai tersenget, toncet BuBu hanya nampak sebelah je walaupun sebenarnya ada dua belah.
Fesyen ini sesuai digayakan untuk acara jalan-jalan dan juga untuk memperlihatkan ke'cheeky'an BuBu yang memang sedia ada terserlah heheh..
Style No.2 - Pony tail senget
Gaya rambut yang ini pulak merupakan ikatan favourite MaMa n PaPa kerana menyerlahkan lagi rupa kenakalan BuBu. Stail ini serupa dengan Stail 1 iaitu 'Double Toncets' tetapi dirapikan oleh penggaya rambut yang berbeza. Sebab tulah kalau kita boleh tengok style 1 tu adalah gaya double toncets bersepah, tapi untuk style ini ikatannya begitu kemas dan teratur sebab BuBu dengan rela hatinya menyerahkan rambutnye untuk distailkan oleh stylist taska..
Stail ini sesuai semasa BuBu nak membuat aktiviti fizikal yang mencabar tetapi masih boleh nampak keayuannya. Contoh aktiviti adalah seperti bermain buaian (ikatan ini boleh menghalang angin dari membuat sepahan rambut maksimum), berebut basikal dengan anak jiran depan rumah, mahupun berlari-lari ke arah Mama atau Papa kerana perasan dikejar oleh Molly, kucing montok di kawasan kejiranan kami tu..
Walaupun menampakkan stail ini macam susah je nak buat, sebenarnya konsepnya amatlah mudah..kita ikat double toncets dulu, kemudian kita lipat rambut tu masuk dalam gegelung double toncet tu..ada paham??hehe mama pun tak berapa paham hahahah..