The Adventures of BuBu and Frens...

Feb 24, 2009

BuBu and toncets series

Ok harini MaMa nak citer pasal pesen ikatan rambut anak dara MaMa yang sorang ni yang ada macam-macam pesen..MaMa dah citer sebelum ini kan kalu nak ikat rambut BuBu, hanya kakak taska dia je buleh ikat. Kalu MaMa yang ikat, hmm tgk maMa pegang sepit rambut pun BuBu dah lari keliling rumah huhuhu...



Style No.1 - Double toncets



Ikatan ini adalah 'courtesy' dari Aunty Sue sebelum kami kuar jalan2 aritu. Tu pun lepas puas kejor BuBu keliling rumah barulah dapat ikat rambut dia walaupun tak berapa kemas. Oleh kerana kedudukan kamera yang begitu artistik sampai tersenget, toncet BuBu hanya nampak sebelah je walaupun sebenarnya ada dua belah.

Fesyen ini sesuai digayakan untuk acara jalan-jalan dan juga untuk memperlihatkan ke'cheeky'an BuBu yang memang sedia ada terserlah heheh..

Style No.2 - Pony tail senget

Gaya ini adalah untuk menunjuk-nunjuk bahawa budak BuBu ini mempunyai rambut yang sangat lebat dan banyak sampai kalu nak buat ponytail senget pun, masih ada serpihan dan lebihan rambut yang tak boleh nak di ikat dalam satu ponytail.
Fesyen ini sesuai digayakan semasa pergi ke Giant atau Hypermarket 99 untuk tujuan pembelian susu dan pampers BuBu sahaja. Kalau nak beli benda2 lain, sila gayakan fesyen rambut yang lain ye..
Style 3: Favourite Double Toncets



Gaya rambut yang ini pulak merupakan ikatan favourite MaMa n PaPa kerana menyerlahkan lagi rupa kenakalan BuBu. Stail ini serupa dengan Stail 1 iaitu 'Double Toncets' tetapi dirapikan oleh penggaya rambut yang berbeza. Sebab tulah kalau kita boleh tengok style 1 tu adalah gaya double toncets bersepah, tapi untuk style ini ikatannya begitu kemas dan teratur sebab BuBu dengan rela hatinya menyerahkan rambutnye untuk distailkan oleh stylist taska..
Gaya ini sesuai untuk digayakan semasa bermain slide dan see-saw (congek-canggung dlm bahasa trg kita).. di taman permainan di depan rumah BuBu itu...Kalau nak main buaian, kena pakai ikatan style seperti No.4...
Style 4: Lipatan bersepah



Stail ini sesuai semasa BuBu nak membuat aktiviti fizikal yang mencabar tetapi masih boleh nampak keayuannya. Contoh aktiviti adalah seperti bermain buaian (ikatan ini boleh menghalang angin dari membuat sepahan rambut maksimum), berebut basikal dengan anak jiran depan rumah, mahupun berlari-lari ke arah Mama atau Papa kerana perasan dikejar oleh Molly, kucing montok di kawasan kejiranan kami tu..
Nota: aksesori sepit rambut perlu disediakan oleh pihak penaja untuk stail rambut ini...
Style 5: Ikat dan Lipat




Walaupun menampakkan stail ini macam susah je nak buat, sebenarnya konsepnya amatlah mudah..kita ikat double toncets dulu, kemudian kita lipat rambut tu masuk dalam gegelung double toncet tu..ada paham??hehe mama pun tak berapa paham hahahah..
Stail ini amat sesuai digayakan untuk memperlihatkan keayuan BuBu semasa membeli - belah di shopping complex terkemuka di Lembah Kelang...kerana ini boleh menampakkan 'gracefulness' pwincess toing-toing sambil membeli baju pinky kelip-kelip hihihihi...
Style 6: Toncets beratur



Ini adalah inovasi terbaru hasil dari kreativiti kakak-kakak Taska BuBu..akan tetapi MaMa suspect kakak Taska ni sebenarnya cuba meniru gaya rambut kartun feveret BuBu iaitu Sunny from JimJam and Sunny..
Gaya rambut ini sesuai untuk sesi BuBu bermain mainan berbentuk kemaskulinan di dalam rumah..iaitu koleksi Thomas si keretapi merah ...jangan tak tau..BuBu dah ada koleksi Thomas tau..ye..ye MaMa tau BuBu tu gegirl....yelah nanti mama beli menan Barbie..boleh dia tumpang Thomas pegi skolah..hmm nak selit Thomas jugak tu...

No comments: